hermmm..diam tak diam dah 4bulan aku menjadi suri rumah sepenuh masa disamping bisness kecil-kecilan..syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana tetap memberikan ruang rezeki untuk kami sekeluarga..ya! memang agak sukar jika dahulunya kita bekerja dan sekarang hanya duduk di rumah sahaja..apa agaknya aktiviti yang dibuat di rumah..? ermmm..banyak sebenarnya.. kalau nak dicritakan pon tak habis...hahaha!!
seawal pagi..
seawal pagi aku dah bangun..semayang subuh, buat sarapan utk incik suami, salin pampers cik Q, buat susu dan kejutkan incik suami utk semayang dan pegi kerja..
pagi..
dah lepas incik suami pegi keja, cik Q pon tido balik..masa nilah waktu untuk basuh kain, sapu sampah, kemas rumah, kemas barang2 mainan, sapu kat halaman (
sebab banyak daun2 yg berguguran..) kerja2 nih memang kena buat sebelum cik Q bangun..! dan bila dah siap baru boleh kejutkan untuk bangun then melayan karenah dia..(
masa nilah nak ajar dia tgk buku + vcd yang beli hari tuh)
tengahari..
prepare untuk masak makan tengahari dan suap makan tghari untuk cik Q..angkat kain..sapu lagi sampah..hadoiii..dan lepas tuh baru boleh rilex sikit untuk berFB dan berBLOGing.. hahaha!
petang..
masa untuk bawak cik Q makan angin kat luar dan layan dia main dengan kawan2 jiran sebelah menyebelah dan kadang2 bawak pi kat mini stadium tuh sebab kt sana ada playground!!boleh jugak aku jogging!!..hehehe
malam
tunggu incik suami balik..prepare untuk makan malam, sembang2 hal dunia, kerja dan gosip's..ironkan baju untuk kerja besok..hehehe..
inilah rutin harian sebagai surirumah tangga..amacam??
BOSAN?? BEST?? NO KOMEN?? hehehe..(
jadual nih tak lah perfect sangat, sebab malas nak taip lagi, ini antara yang wajib ja..)
dalam seminggu, 2 atau 3 hari sahaja keluar untuk berpoya-poya di shoping kompleks, samada window shoping atau shoping..!!
p/s : ini adalah diary rutin harian dari isnin-jumaat..utk sabtu dan ahad lain pulak sebab incik suami bercuti..masa untuk jalan-jalan!! yeay!! (
crita disini bukan untuk menunjuk2 atau hipokrit ok!!)
"Tangan yang menghayunkan buaian itulah bakal menggoncangkan dunia.."