Showing posts with label al-kisahnya. Show all posts
Showing posts with label al-kisahnya. Show all posts

06 March 2011



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.."





love,

27 February 2011

jangan buat....


Jangan buat 7 perkara ini selepas makan

7 larangan selepas makan Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu selepas menjamu selera makan tengah hari atau malam anda, akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda.
Tindakbalas ini akan mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Berikut adalah 7 perkara yang tidak dibenarkan selepas makan:

1. Jangan merokok: Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser.


2. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.


3. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.


4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.


5. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.


6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.


7. Jangan tidur: Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.



***ehsan dr email...harap maklum

love♥,

02 February 2011

teh tarik perasa.....





Sebar-sebarkan pada saudara umat Islam
TEH TARIK PERASA BABI
hati-hati (E471- lemak babi)

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.."
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

SIAP ADE LOGO HALAL LAGI TU
HATI-HATI YER
SILA SEBARKAN!!

*** Gambar dan artikel telah dapat dari EMAIL..HARAP MAKLUM!!

love,

01 February 2011

01/02/2011 - 06/02/2011

ingatkan minyak ron 97 aja naik, rupa-rupanya cuci kereta automatik pun naik harga hokeh!! (kau hado?????) huh!! tadi mama pi basuh kereta segera tu, ingatkan macam biasa la RM3.00 aja, sekali bila dh masuk, baru terpandang signboard...nak hamek kau!!! naik 2 hengget!!! cepat betoi!! nak reverse balik tak leh sebab ada kereta kt belakang pulak...so,reda jalah...



siap lekat tu...dari rm3, jadi rm5.... sigh!!!!








model sepanjang zaman





love,

20 January 2011

kerana telur rebus :'D



Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha


** cerita ni mama dapat dari FB, tapi sebelum ni pun penah dapat dr email, mmg kelakar habis
love,

02 July 2010

cemBuru..

cemburu itu tandanya SAYANG..terlampau cemburu jugak boleh menyebabkan life jadi 'fed-up'.. tetiba terlintas pulak kat fikiran mama nak wat n3 camnih..bukannya apa..tatkala mendegar kisah manusia yang ada sifat cemburu buta yang terlampau..hingga memusnahkan rumah tangga..oowwhh..! tak tau la mama nak komen camna..setiap hati manusia mmg ada sifat cemburu kan? tak kiralah dari sudut positif atau negatif..(mama pun seorang yg jealous tp bukan terlampau hokeh!)..eerrmmm.. tapi kalau dah sampai membabi buta....apa cerrr?? sampai semua orang nak diserang hendap olehnya.. come on man/women..your wife/husband pon ada life jugak nak hidop ok?? tak kan nak kurung dalam sangkar mcm kera kot, nak ikat cm hanjing..(terpaksa guna ayat kasar sket) errmm..rasanya sifat nih boleh dikontrol kalau kita sendiri muhasabahkan diri..tengok kesalahan diri snri dulu..baru bleh menyerang hendap orang lain..
mungkin setengah orang bertanggapan..'tak kena kat nko boleh la banyak bebel..cuba kena tengok.."..errmmm..kita perlu belajar dari kesilapan kita yang lalu dan mencotohi kehidupan orang lain jugak..kepada yang bersifat cemburu buta itu..ingatlah.. jangan sampai boleh musnahkan diri sniri..Allah s.w.t tu maha mengetahui dan maha adil..dia telah menetapkan pasangan masing2..baik buruk dirinya..pasti terima dengan redha..

i love my life, ♥
i love my self, ♥
i love my husband, ♥
i love my daughter, ♥
i love my family...♥

p/s : semua crita ini adalah utk peringatan diri snri..tiada kena mengena sama ada hidup atau mati..crita utk tauladan..



love♥,

01 April 2010

siLa berhati-hati ya..

ok! kat sini mama nak share ngan kawan bloggers serta silent readers sekalian..hati-hati jika nak beli kasut, nak plak yang tengah sale..'buy 1 free 1'..kejadian berlaku di kedai2 kawasan area mama duduk nih jugak..kasut nih actually neighbour mama yang punya..masa mula baru beli tuh, ada dia tunjuk kat mama yang dia beli kasut baru..mmg cantik kasut tuh..tup..tup..sebulan lepas tuh, bila kasut tuh dah 'hoih' bak kata org blah utara la..nah..sekali keluar..lambang SALIB da...takutla plak mama nengok!! nasib la dia tak bawak kasut tuh kat kawasan2 masjid..adooiila....so, jadikanlah iktibar yer..



nilah ghupernyer..dua2 blah ada lambang salib!!
love♥,
 
Blog Design by Ammupappa