Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

06 August 2011

menu : ayam percik AYAMAS dan resepi PUDING MARBLE


TARRRAAAAA...
sila lihat imej bergoogle tuh!! (x sempat nak snap, smlam sampai rumah balik dr pasar ramdahn dh pkl 7.20)
main menu : ayam percik + madu dr AYAMAS yg br bukak outlet kt sungai dua..
yang lain-lain mama cuma beli gulai batang pisang dgn ikan keli bakar aja
air : kasturi + asam boi dan soya strawberry!!
dh dua hari tak makan nasik, ratah lauk aja!!
ok, meh mama nak kongsi resepi buat PUDING MARBLE ni, tedap!!

BAHAN-BAHAN:

1 paket agar-agar

5 cawan air

2 cawan gula

1 tin susu cair

2 biji telur

sedikit esen vanila

pewarna (ikut suka nak warna apa)

CARANYA : masukkan air, agar-agar dan gula ke dalam bekas, masak hingga mendidih/hancur.. dlm bekas yg lain, pukul telur bersama susu cair dan masukkan esen vanila.. apabila agar-agar dh hancur, masukan bahan telur tadi ke dalam bekas agar-agar tadi (sila tapis), masak sedikit.. kemudian tuang adunan tadi ke dalam bekas yg lain (sila tapis)..asingkan sedikit adunan tadi untuk diletakkan warna...(warna dan corak: ikut suka)

SELAMAT MENCUBA!!

love♥,

19 July 2011

kuih apam mekar!~

sedap giyer!!!
ari neh mama terlebih rajin sikit, so terpikir nak buat apam mekar ni
cer try!!!!
bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus
1 cwn aiskrim soda
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh ovelatte
2 biji telur
pewarna merah
caranya:
pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan aiskrim soda, ovalatte, soda bikarbonat dan akhir sekali tepung, kacau hingga sebati, bahagikan kepada 2 warna (ikut suka korangla nk warna apa) dan tuangkan pada paper cup, kukus hingga 10 minit..
selamat mencuba!!!
love,

25 January 2011

sotong berempah

Lunch tadi mama masak sotong berempah...agak rajin hari tau..rasanya??? super duper yummy..!!!! sedap..kekekeke


taka caya?? meh la try..

bahan :

bunga lawang, kayu manis
2 ulas bawang merah dan putih (dimayang)
1 inci halia (dimayang)
daun kari
kicap
1 paket serbuk kari ikan (1 paket boleh sampai 10 ekor sotong)
6 ekor sotong (bersihkan, ikut suka nak potong atau nak sekor-sekor)


caranya:

tumis bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga berbau dan masukkan daun kari, bawang dan halia yg telah di mayang, masak hingga garing, bancuh sedikit rempah kari dengan air dan tuang dalam kuali...masak hingga pecah minyak, (kalau pekat tambah sikit ja air, sebab nanti sotong tu pun berair jugak), lepas tu masukkan sedikit kicap, garam dan gula (garam, gula sikit ja), akhir sekali masukkan sotong, masak hingga empuk... sedap dihidangkan bersama nasik panas dan telur goreng atau telur masin (rasa mcm nasik kandar)..nyum..nyumm..
**mlm ni nak pi giant SP, nak beli brg dapor plak..



love,

01 January 2011

Meggi Kuah....

hujan-hujan nih pekena megi kuah sedapkan...cuba try tengok..mabeleslah..!!

bahan-bahan:

2 cawan air (kalau nak kuah bnyk lebihkanla...)
1 paket megi kari 'letup' (perasa lain kurang ummph)
2 sudu makan sos cili
1 ulas bawang putih
3 ekor udang
sedikit isi ayam
1 biji telur
daun bawang + bawang goreng (sbg hiasan)


caranya:
tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan sos cili, dan masukkan air bila dh sebati masukkan isi ayam, udang dan sebagainya (suka hati korang kalau nak letak dagingka, sotongka)..bila dh mendidih, masukkan perasa kari, telur dan megi tadi..masak hingga megi kembang, bila dh masak, hias dengan daun bawang dan bawang goreng...siap untuk dimakan...SEDAP!!!




Love,

28 December 2010

puding roti carameL

ihsan google
tetiba teringat nak makan puding nih..so google the recepi..esok nak buatlah..harap2 menjadi..

PUDING ROTI CARAMEL

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert



love,

23 December 2010

bihun goreng....

awal pagi2 lagi tadi (sesudah suboh) mama dh buat bfast, bihun goreng....(sebab ada anak menakan kt umah, so buat bfast utk dorang, lagpun dorang nak balik ke a/star dah pagi nih)... lgpun boleh jugak buat bekal abah pegi keja..kekeke..even bihun goreng pon..nak jugak share resepi nih...(lain org, lain caranya kan..)
bahan :
bihun (direndam)
cili kisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
udang }
ayam }
fish cake } dipotong
fish ball }
ikan bilis (ditumbuk)
sawi
taugeh
bawang putih + merah (ditumbuk)
caranya:
tumis bawang putih + merah sampai garing, masukkan ikan bilis yg ditumbuk tadi.. bila dh sebati, masukkan cili kisar, sos tomato cili, tiram....biar sehingga pecah minyak.. masukkan udang, ayam, fish ball, fish cake (tapi kalau nak letak daging ke, sotong ke, pon bleh gak).. agak2 dah masak, masukkan bihun..kacau sehingga masak dn masukkan sawi dan taugeh... nah! siap untuk dihidangkan...yummy
p/s : dulu-dulu sangat x reti nak goreng bihun, mee, k.tiaw..

love,

16 December 2010

desert pengat pisang

hari nih terlebih rajin plak nak buat pengat pisang..yummy..yummy..

bahan :
---------
pisang tanduk/nangka (ikut suka la berapa biji)
1 biji kelapa (diperah amik santan aja)
3 camca biji sagu
gula merah (ikut manis)
gula putih (ikut manis)
sedikit garam

cara-caranya :
----------------
potong serong pisang-pisang tu, masukkan dalam periuk, tuangkan jugak santan bersama gula merah dan putih tadi..letakan periuk atas dapur dgn api yg perlahan..agak2 semua dh sebati, baru masukkan biji sagu dan garam..kacau sampai likat...

senangkan?? cubalah try...yummylicious okeh!!

love♥,

10 February 2010

mari memasak..

ok hari nih mama nak bagi menu NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH + ACAR TIMUN NENAS..hihihi saja ja mama nak publish kat sini..nih menu mama masa mama puasa hari Khamis lepas, so terpikir jugak nak berkongsi dengan kawan2 blogers sekalian..zass..
ok nasik ni untuk 2pot beras aja, so mama bagi sukatan ya : 2pot nasi = 1 1/2 pot air dan 1/2 pot susu cair (kalau nak lebih pandai2 agak lah ya..mama buat 2pot sebab berdua aja) :

NASI TOMATO

bahan-bahan:
2pot beras ( basuh bersih dan toskan)
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
1helai daun pandan
mentega/minyak sapi
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah dan putih
* beberapa biji buah gajus
2 sudu tomato sup
2 sudu tomato puree
susu cair

cara-caranya :
panaskan rice cooker atas dapur, masukkan mentega/minyak sapi, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi, lepas tu masuk bahan * yang telah diblender sehingga pecah minyak, masukkan jugak tomato sup, puree..kacau hingga menggelegak, kemudian masukkan beras, air dan susu cair..apabila dah siap masukkan semua, angkat rice cooker dan masukkan balik ke tempat masaknya..apabila masak kacau sikit, dan biar ia hingga kering..


sedikit gambar untuk panduan
AYAM MASAK MERAH:

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil)
bunga lawang
kulit kayu manis
* 1 labu bawang besar (blender)
* 3 ulas bawang putih dan merah (blender)
1 biji buah keras (ditumbuk)
1 btg serai (dititik)
4 sm cabai kering yang telah diblender (ikut nak pedas)
3 sudu tomato puree
3 sudu susu cair

cara-caranya :
goreng ayam setengah masak, ketepikan. tumis bunga lawang dan kulit kayu manis dan masukkan bahan blender, masukkan jugak buah keras, sampai pecah minyak..lepas tu masukkan pula tomato puree, ayam yang digoreng dan akhir sekali masukkan pula susu cair, bila dah sebati angkat dan hidangkan bersama daun bawang.

ACAR TIMUN NENAS :
bahan-bahannya :
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
garam, gula
cara-caranya :
potong kecil kesemua bahan-bahan di atas, satukan dan masukkan garam dan gula, gaul, dan kalau nak boleh ditambah dengan sos cili dan tabur dengan kacang goreng
acar timun nenas
"selamat mencuba"


love♥,
 
Blog Design by Ammupappa