08 November 2009

MenjelanG Qasrina 1tahuN..

Cepat sungguh masa berlalu..cik Q nih rupa2nya nak masuk satu tahu dah pada 16.11.2009.. kelahiran yang tidak menjangkakan..berhenti makan ubat cuma 3 bulan aja..tup..tup..melekat.. bajet cam 7 bulan dari kita stop makan ubat tu..sebab kebanyakkan lewat sikitla..apa pun aku terima dengan hati yang gembira..rupa2nya Dia telah mengatur dan merancang semuanya...selepas aku kehilangan anak selama 1bulan 2 hari, lahirlah satu pengganti buat kami sekeluarga..melihat gelagat dan tingkah laku nya sekarang nih..sungguh menghiburkan hati..mama laf u baby!!
sedikit kronologi tentang kelahiran NURIN QASRINA:-
* Pada malam sabtu (15.11.2008) sedang leka aku membaca majalah PA&MA..terasa sakit di bahagian pinggang..zassss..menangkap lagi..alamak..awat nih..nak beranak dah ka?? takkan kot sebab pagi tu doktor dah bg appoiment utk di'belah' pada hari selasa nih sebab air ketuban nak kering (utk pengetahuan anda masa 1 baby deliver dulu operate gak)..zaasss lagi..adoiiii aiii..suamiku masa tu baru balik dr main badminton..aku nih dah berpusing satu katil nih menahan sakit..tetiba rasa mcm air jer keluar..hah! tak syak lagi..air ketubanlah tu..masa nih sakitnya yarabbbii..apa lagi siap semua (nasib baik barang dah packing) nak pi kat DOKTOR ZAINAL, SP..tak jauh dari rumah.. masa otw aku tengok jam dah pukul 2.05 pagi..kesakitannya makkk oiii..jangan cakapla..masa sampai tu nurse dah check dah bukak 4cm..nurse cakap takpa..esok pagi..dktr operate u!! bayangkanla..baru pkl 2pg..nak tguu..kol 7 pagi..tak sanggup..lepas register..duduk dalam bilik.. lepas cucuk ubat tahan sakit, bukannya ok terus jadi ko..masa nih dah terasa kepala kat bawah..mau nak teran ajer dalam bilik tu..apa lagi nurse pon kelam kabut jugakla..rupa2nya dah terbukak 10cm..mau tak terasa kepalanya..terus nurse call doktor..dan tepat pukul 3.25pagi (16.11.2008)..lahirlah seorang puteri..seberat 2.4kg..huhuhu..hilang terus rasa sakit tu..insafnya tentang keajaiban ini..
* 3 1/2 bulan - dah boleh meniarap dengan sniri, ketawa
* 5-6 bulan - dah boleh pegang botol sniri, dan mengangkat bontot
* 7-8bulan - masih lagi mengangkat bontot..tapi x merangkak lagi
* 9 bulan - dah boleh duduk atas baby chair, masih x boleh merangkak lagi

* 10 bulan - menjulur dengan lajunya dan boleh duduk sniri (masih x merangkak, dia langkau step)

* 11 bulan - dah pandai nak berdiri..dan mula nak bertatih..gigi baru sebatang..kuii..kuii..

* dan pastinya sekarang..lasak, aktif, banyak cakap, MAMAlah, MAMEKlah, MAK'E lah.. BABAH..(tapi perkataan pertama tuh..mama..lah, masa kakak dulu ABAH..adilkan??)..errmmm lepas nih apa la pulak progressnyakan?? dah x sabar nak tggu boleh berjalan..oh ya..tentang sakit demam tu alhamdulillah x lah kerap sgt..cuma masa dia diusia genap 11 bulan, qasrina telah dimasukkan wad di KPJ sebab ulser dalan mulut..sian dia..tak leh nak minum susu..badannya begitu lemah sekali..Walaupun cepat atau lambat progresnya..aku tetap bersyukur..telah dikurniakan anak yg sihat..semoga anak mama menjadi anak yg soleh, bijak dan menghormati org tua..AMIN..







07 November 2009

Tak SaBaRRRnya Nakkkk...

hehehehe..cam 'siot' jer bunyik tajuk utk kali nih..agak2 anda semuala apa yang aku NAK kan nih??? ermmmmm...sebenarnya aku nih tringin sggggttttt nakkan benda alah nih..lama dah idamkannya..tapi tulah..bila nak dapat entahla..pi survey tu jgn cakapla..mana kedai yg tak masuk..pi PRAGIN MALL, QUENSBAY MALL, GURNEY PLAZA, JUSCO PERDA, PACIFIK ALOR SETAR (sebab masa tu tgh buat sale) smata2 nak survey harganya..tapi..ampehh!! takpa, incik suami dah menjanjikan akan beli selewat2nya dapat bonus nih..hihihihi..tak sabaunyer!! apa bendanya tu??? TARRRRAAAAA..

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V



nikon D3000

hehehe..taklah mahal dan sempoi sgt, tapi mengikut survey, kamera jenis ni ok sikit utk permulaan, nanti bila dah pro..ikut sukalah nak beli yg jenis apa pun.. dan siapa2 yg sudi berkongsi maklumat tentang dunia kamera nih..bolehla bagi pandangan(saya budak baru belajar)..maklomla...zaman sekarang kan zaman photoshoot..zaman photografi..nak la jugak belajar cara2 ambil gambar ngan betol dn cantik..sambil2 tuh leh gak buat partime..sebab incik suami sekarang buat SISTEM PA kat rumah2 knuri dan majlis2 tertentu!! haaa..kan dah boleh jadikan satu pakej!! suami isteri berganding bahu!! ewahhh!! harap2 tu cepatla impian aku nih tercapai..amin..

04 November 2009

Dah paNdaii BerdiRi Sniri..

wahhh..dah pandai berdiri sniri anak mama nih..sekarang nih macam cik ida lah jugak..masih lesen L lagi utk bertatih..sekarang nih jugak dah pandai nak berdiri lepas tangan pulak..nampak mcm lama jugak dia boleh buat camtuh macam terrer dah..tapi risau gak takut jatuh terlentang ja..dan utk mengelakkan terjadinya perkara yang tidak diingini..abah dan mamanya telah capai satu kata sepakat yang dia akan diletakkan di dalam kandang katilnya...nampak cam kesian..tapi tulah..dah 2,3 kali jugak dia jatuh terlentang...adussss!!! mana kandang katilnya??? tuuuuuu..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
nilah tempat dia tido..dan bermain.. 2 in 1
nampak..nampak..ada ja gheja budak nih

bravo..bravo.. my dear!!


RiiinGGG...RiiiinGGG..!!

kkRiiinGG..kkRiiinGG..!! telefon..telefon berbunyi..
ada haiwan dalam bahaya...
tapi...sapa yang jawab telefon ha???
adakah linny? tuck? ming-ming??
bukannnnn???
habis siapa?????

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


gggrrrrrrrr....cik Q rupanya..

amboiii

hello wonderpets!!



mueehhheee..mueehheee..


03 November 2009

CutesT babY in bLuE conTest

YuuuuhhHHOOooo..masuk contest lagik..walaupun tak penah memang lagi..tapi memang best bila tangan ini leka menaip dan meng'upload' gambar untuk coretan contest nih.. so..apalagi!! mari kita meriahkan CUTEST BABY IN BLUE CONTEST nih anjuran ELIZADIANA yang akan menyambut anniversary yg ke-5 pada 17 nov 09..tahniah!! seperti biasa jugak setelah digoogle gambar cik Q nih..maka 'in the blue' cik Q adalah....TAAARRRRRAAAAA...

NAMA BABY IN BLUE: NURIN QASRINA BINTI MOHAMAD ASRI MAHWEZAL
UMUR BABY IN BLUE:10 BULAN (ketika gambar ini diambil dan skrg baru 11 bln)
SO..JANGAN TUNGGU LAGI TARIKH TUTUPNYA ADALAH PADA 17 NOV 2009

28 October 2009

DisNeY HoopLa! StarS*

LOKASI : JUSCO, PERDA

24.OKTOBER.2009 (selepas balik follow-up dgn dr.shah di KPJ)

DUTCH LADY 123-456 buat promosi bersama DISNEY















23 October 2009

mY FuNNiesT BabY ConTesT

Haaaa...kali nak masuk contest lagi..terima kasih di ucapkan kepada penganjur iaitu UMIDANISH kerana sudi menganjurkan pertandingan yg sggh funniest nih dan tak lupa jugak kepada sponsoring babyumishop (menjual cloth diapers secara online..ada pelbagai jenis corak boleh didapati disini), http://www.hidupharmoni.blogspot.com (menjual pakaian wanita dan kanak-kanak serta produk kesihatan) dan Moms&babyshop (menjual produk kesihatan juga serta cloth diapers) dan kepada sesiapa yg berminat, boleh melayari ketiga-tiga lama web sponsor ini... hehe..ok..lets talk about contest!!tak sabar plak nak tgk berapa ramai baby yg buat muka kelakar nihkan?? so kita tggu sehingga tamat contest nih pada 13 November 2009 (12tgh)...
Setelah digoogle dan mendapat vote paling tinggi di FB..MAKA...gambar yg funny dan cute nihla jadi pertaruhan....tadadaaaaaa...
nama baby funny: NURIN QASRINA BT MOHAMAD ASRI MAHWEZAL

umur baby funny: 11BULAN

gambar ni diambil masa makan kat SR dalam miggu lepas kot..semenjak-menjak nih, suka bebenau buat muka cam nih..siap dengan gelak2 lagi..hahahaha!! apa2 pun mama memang suka cik Q!!

OK..rasanya dah complete semua tentang contest ini..SELAMAT BERJAYA!!!


 
Blog Design by Ammupappa