27 December 2010

isok AYAQ tak dak

buat penduduk satu PuLau Pinang, esok (28.12.10) tiada bekalan air selama 12 jam..huhuhu.. hadoiii...letih ni... tapi untuk hari ni, mama dh basuh semua kain baju, dh basuh lantai luar, dh basuk kereta, dh takung air minum (10Liter tu)..cukup kot no.. air mandian/sembahyang nasib masih ada air tangki, so cukupla kot untuk kami 3 beranak nih..so esok mama dok saja la jawabnya..kekekeke.. harap2 jangan la belakan letrik pon terputus sama...

sepatah dua kata dari ketua menteri pulau pinang...

Ketua Menteri Y.A.B Lim Guan Eng mengingatkan orang ramai untuk bersedia menghadapi gangguan bekalan air berkala kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)perlu menjalankan kerja-kerja penting untuk penaiktarafan dan penyelenggaraan di beberapa loji rawatan air dan paip agihan di negeri Pulau Pinang.Beliau berkata kebanyakan kawasan diNegeri Pulau Pinang akan mengalami gangguan selama 12 jam, dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.Gertak Sanggul & Teluk Kumbar mungkin mengalami gangguan selama 24 jam (dari jam 7.00 pagi 28.12.2010 hingga 7.00 pagi 29.12.2010) kerana kawasan-kawasan ini terletak di hujung rangkaian paip agihan.Kawasan-kawasan yang berdekatan dengan loji rawatan air yang sedia ada seperti Air Itam,Balik Pulau, Batu Ferringhi, Penang Hill, Tanjung Bungah, Tanjong Tokong dan Teluk Bahang tidak akan terlibat dengan gangguan ini. (Sila rujuk kepada peta yang disertakan.)Kebanyakan kilang-kilang dan bangunan tinggi di dalam kawasan yang terlibat mempunyai tangki simpanan air untuk menampung penggunaan sekurang-kurangnya 24 jam.Rumah rumah persendirian juga kebanyakannya mempunyai tangki simpanan air.

love,

1 comment:

mamalieyna said...

aiyaak tak bleh hidup tanpa ayaq! huhu..

 
Blog Design by Ammupappa