25 March 2010

trip to beiJing (day 4)

kesinambungan trip mama di Beijing pada hari ke empat, kali nih mama tak snap gambar banyak sangat sebab sebok menyoping, hihihi..ok sebelum bershoping, mama di bawa melawat staduim 'bird nest' tapi tak leh masuk dalam stadium tuh, kalau nak masuk, kena buat bayaran pulak, so berhenti tepi jalan ajerla dan snap gambar dr jauh ajer..lepas tu di bawa sekali lagi ke tempat pembikinan batu2 kristal nih, tapi kali nih pemiliknya adalah rakyat Malaysia sniri..lepas menikmati makan tengahri barulah trip mama di bawa ke dua tempat untuk menyoping, tempatnya..mama tak ingatla sangat nama apa..tapi..cara nak beli dengan rakyat depa nih..fuhh! puas nak kena gadoh..rakyat depa nih kurang gemar dengan rakyat malaysia sebab rakyat malaysia suka tawar menawar sampai gila2 punya..hahaha!! so kat sini mama cuma beli sarung kotak tisu, baju qasrina dan baju kemeja incik suami aja..oh ya! ada jugak orang kirim kat mama suruh beli i-pod (murah aja RM50), sony psp kat sana cuma RM125, blackberry dengan i-phone pun baru RM200.00, murahkan??? shoping di tempat kedua pun mama tak borong apa cuma jalan2 aja..sebab baju banyak jual jenis musim sejuk punya..mcm mana nak belikan? di Malaysia pun asyik panas aja..so lepas makan malam, tempat last sekali yang harus dikunjungi adalah "Hard Rock Cafe Beijing", tapi mama taklah tengok band, sebab bawak qasrina kan..mama cuma masuk kat kedai dia aja..sempatlah rembat t-shirt hard rock untuk mama dan incik suami, ingat nak beli untuk qasrina skali, tak der size la pulak..sebab sebelum nih mama dah ada t-shirt hard rock cafe jakarta..ermmm bleh buat koleksi..dah habis semua tempat dilawati dan kunjungi..tiba lah masanya untuk balik ke hotel nak packing barang2 pulak..sebab flight pukul 8.30 pagi so..pukul 4.00 dah nak kena bangun, 5.30 nak kena ada semua di lobbi..fuuhh!!






















love♥,

1 comment:

mamalieyna said...

lawanya gambo..dan lawa jugak model2 nya..hehe..sweet..kenangan abadi ni.. ^_^

 
Blog Design by Ammupappa