10 February 2010

mari memasak..

ok hari nih mama nak bagi menu NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH + ACAR TIMUN NENAS..hihihi saja ja mama nak publish kat sini..nih menu mama masa mama puasa hari Khamis lepas, so terpikir jugak nak berkongsi dengan kawan2 blogers sekalian..zass..
ok nasik ni untuk 2pot beras aja, so mama bagi sukatan ya : 2pot nasi = 1 1/2 pot air dan 1/2 pot susu cair (kalau nak lebih pandai2 agak lah ya..mama buat 2pot sebab berdua aja) :

NASI TOMATO

bahan-bahan:
2pot beras ( basuh bersih dan toskan)
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
1helai daun pandan
mentega/minyak sapi
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah dan putih
* beberapa biji buah gajus
2 sudu tomato sup
2 sudu tomato puree
susu cair

cara-caranya :
panaskan rice cooker atas dapur, masukkan mentega/minyak sapi, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi, lepas tu masuk bahan * yang telah diblender sehingga pecah minyak, masukkan jugak tomato sup, puree..kacau hingga menggelegak, kemudian masukkan beras, air dan susu cair..apabila dah siap masukkan semua, angkat rice cooker dan masukkan balik ke tempat masaknya..apabila masak kacau sikit, dan biar ia hingga kering..


sedikit gambar untuk panduan
AYAM MASAK MERAH:

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil)
bunga lawang
kulit kayu manis
* 1 labu bawang besar (blender)
* 3 ulas bawang putih dan merah (blender)
1 biji buah keras (ditumbuk)
1 btg serai (dititik)
4 sm cabai kering yang telah diblender (ikut nak pedas)
3 sudu tomato puree
3 sudu susu cair

cara-caranya :
goreng ayam setengah masak, ketepikan. tumis bunga lawang dan kulit kayu manis dan masukkan bahan blender, masukkan jugak buah keras, sampai pecah minyak..lepas tu masukkan pula tomato puree, ayam yang digoreng dan akhir sekali masukkan pula susu cair, bila dah sebati angkat dan hidangkan bersama daun bawang.

ACAR TIMUN NENAS :
bahan-bahannya :
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
garam, gula
cara-caranya :
potong kecil kesemua bahan-bahan di atas, satukan dan masukkan garam dan gula, gaul, dan kalau nak boleh ditambah dengan sos cili dan tabur dengan kacang goreng
acar timun nenas
"selamat mencuba"


love♥,

4 comments:

Unknown said...

sedapnyer nmpk nasi tomato ni, nak kena try gak la, resipi pun cam simple je kan..

mamaarifakeemaisy said...

wah2x..ada resepi la..baeek punya..ni kalu nk buat jamuan orait gak ni..tp kena betulkan sukatan la kan..^_^..thanks for sharing!

♥ mamaQASrina ♥ said...

hajar : simple dan senang sgt.. x renyah pun

mamalieyna : mmg orait kalau nak buat jamuan, sukatan mmg nak kena betul sebab takut nasik lembik

Shamzie74 said...

emmmmmmmmmmm..patut lah bau sampi sini nohhhhh..shedappp nyeww..melelehhh air liur mek ni weihhhh..muhahahahaa

 
Blog Design by Ammupappa